Biden, Ketua PBB bincang perang Ukraine

Joe Biden & Antonio Guterres
Joe Biden & Antonio Guterres
A
A
A

NEW YOR - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden bertemu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Rabu untuk membincangkan beberapa isu termasuk perang Ukraine dan perjanjian bijirin Laut Hitam.

"Kedua-dua pemimpin menegaskan kembali perkongsian kukuh antara AS dan PBB,” kata Rumah Putih dalam satu kenyataan mengenai pertemuan di ibu pejabat PBB semasa Perhimpunan Agung di New York, lapor Agensi Anadolu.

"Mereka membincangkan isu-isu mendesak yang dihadapi PBB, termasuk perang Rusia di Ukraine - yang jelas menggugat prinsip teras Piagam PBB - dan kesannya yang lebih luas kepada masyarakat antarabangsa," kata kenyataan itu.

Biden merakamkan penghargaannya kepada Guterres atas peranannya dalam mewujudkan Inisiatif Bijirin Laut Hitam yang diselaraskan oleh Turkiye pada Julai.

"Mereka turut menegaskan semula tindakan antarabangsa yang berterusan untuk menangani krisis iklim global dan keselamatan makanan," menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: