PBB bincang isu sisa buangan plastik di persidangan Paris

PBB menyasarkan untuk merangka konvensyen dengan peraturan dan langkah yang meliputi keseluruhan kitaran hayat plastik.
PBB menyasarkan untuk merangka konvensyen dengan peraturan dan langkah yang meliputi keseluruhan kitaran hayat plastik.
A
A
A

PARIS - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan sesi rundingan mengenai perjanjian global untuk mengekang pencemaran alam sekitar daripada sisa buangan plastik menjelang 2040, lapor Agensi Berita Jerman ( dpa).

Sesi rundingan selama lima hari akan berlangsung di ibu pejabat UNESCO di Paris bermula Isnin.

Menjelang 2024, PBB menyasarkan untuk merangka konvensyen dengan peraturan dan langkah yang meliputi keseluruhan kitaran hayat plastik.

Bagaimanapun, kumpulan alam sekitar, industri plastik dan negara pengeluar minyak mempunyai matlamat yang berbeza-beza berhubung peraturan itu.

Meskipun, pencinta alam sekitar menuntut penamatan zaman plastik, namun industri kimia mahukan lebih banyak kitar semula dan fokus pada inovasi teknikal.

Mesyuarat itu adalah yang kedua daripada lima pusingan rundingan antara kerajaan untuk mencari konsensus mengenai isu itu.

Negara anggota PBB, serta pertubuhan bukan kerajaan, saintis dan kesatuan sekerja akan mengambil bahagian dalam mesyuarat berkenaan. - Bernama-dpa