Tular remaja dipukul bapa tiri, polis masih siasat

Gambar kecederaan yang dialami mangsa pada Ogos lalu tular di media sosial baru-baru ini. - Foto ihsan pembaca
Gambar kecederaan yang dialami mangsa pada Ogos lalu tular di media sosial baru-baru ini. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

PARIT BUNTAR - Polis masih menyiasat kejadian lelaki disyaki memukul anak tirinya hingga gambar kecederaan mangsa tular di media sosial sejak Isnin lalu.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat remaja perempuan berusia 19 tahun itu, kejadian didakwa berlaku sekitar jam 11 malam pada 17 Ogos lalu.

Suspek bertindak menampar, menendang dan memijak kepala ketika mangsa sedang bertengkar dengan ibunya.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami bengkak dan lebam di beberapa bahagian badan serta telah dibawa ke Hospital Parit Buntar.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, laporan diterima pada 18 Ogos lalu dan mangsa mendakwa kecederaannya yang dialaminya akibat dipukul oleh bapa tirinya.

"Selepas menerima laporan itu, suspek berusia 45 tahun itu ditahan ketika hadir ke balai polis bagi membantu siasatan.

"Kejadian didapati berpunca daripada masalah keluarga. Suspek kini dibebaskan dengan jaminan polis," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurutnya, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan akibat mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Artikel Berkaitan: