Covid-19: 1,667 kes baharu, tujuh kematian

Sebanyak 1,667 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Selasa. - Foto hiasan
Sebanyak 1,667 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Selasa. - Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,667 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Selasa dengan dua daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan Covid-19 kepada 4,821, 864.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak tujuh kematian direkodkan pada hari sama dengan dua daripadanya melibatkan kes kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kepada sebanyak 36,324.

Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,028 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,760,825 kes.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini direkodkan 24,715 dengan 23,577 atau 95.4 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), sementara di hospital (1,079) dengan 59 daripadanya dirawat unit rawatan rapi (ICU).

Seramai 37 pesakit yang dimasukkan ke ICU memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 22 lagi memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan: