Kelantan cuti peristiwa pada Selasa

Kerajaan Kelantan umum dalam satu kenyataan

AHMAD - Foto: FB Ahmad Yakob
AHMAD - Foto: FB Ahmad Yakob
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan mengumumkan Selasa ini sebagai cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidilfitri 2023.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan tarikh Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Sabtu, 22 April 2023.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri ini bersetuju mengisytiharkan Selasa yang bersamaan dengan 25 April 2023 sebagai hari kelepasan am bagi negeri Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook di sini pada Khamis.