1,307 kes baharu Covid-19, enam kematian

Sebanyak 1,307 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Isnin. - Gambar hiasan
Sebanyak 1,307 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Isnin. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 1,307 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Isnin menjadikan angka jangkitan meningkat kepada 4,820,197.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak enam kes kematian Covid-19 turut dilaporkan.

Dalam pada itu, terdapat satu kes kematian di luar fasiliti atau brought In dead (BID) dicatatkan.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula kini berjumlah sebanyak 25,038 dengan 23,866 atau 96.1 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Sebanyak dua kes pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,160 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 55 daripadanya dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU).

Sebanyak 36 kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan, manakala 1,830 kes direkodkan sembuh.

Artikel Berkaitan: