Penutup bulan kebangsaan di Kelantan disambut meriah

Tuan Fareza (tengah) diiringi Che Rahimi (kiri) meninjau reruai Ikram sempena Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan di Kota Bharu pada Sabtu.
Tuan Fareza (tengah) diiringi Che Rahimi (kiri) meninjau reruai Ikram sempena Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan di Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Lebih 500 pengunjung Mydin Mall, Bandar Baru Tunjong menyaksikan pelbagai persembahan menarik sempena Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan pada Sabtu.

Yang Dipertua negeri Pertubuhan Ikram Kelantan, Che Rahimi Samat berkata, mereka mengumpulkan kesemua juara pertandingan pelbagai program sepanjang lebih sebulan sambutan Hari Kemerdekaan yang bermula Ogos lalu.

Beliau berkata, antara program yang dilaksanakan ialah pertandingan coral speaking, persembahan nasyid, deklamasi puisi dan silat.

"Ikram melalui Kluster Perpaduan Nasionalnya berusaha memupuk perpaduan antara kaum, agama dan budaya di negara ini," katanya kepada Sinar Harian.

Perasmian penutup karnival dilakukan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia negeri Kelantan, Tuan Fareza Mohamed Said dan turut disertai kumpulan Rasuah Busters Kelantan.

Tuan Fareza dalam ucapannya berkata, usaha ke arah penyatuan masyarakat menjadi tanggungjawab semua pihak.

Menurut beliau, dasar kerajaan turut memperlihatkan kejayaan dalam pelbagai bidang.

"Perbezaan yang wujud antara kita juga tidak sepatutnya menjadi punca kepada polemik permusuhan dan sengketa," katanya.

Artikel Berkaitan: