Komited lahir usahawan tani berkaliber

Ahmad (empat, kanan) ketika hadir merasmikan karnival Mersing Best Buy Mersing 2019 dan melancarkan kelab MyAgrosis di Politeknik Mersing.
Ahmad (empat, kanan) ketika hadir merasmikan karnival Mersing Best Buy Mersing 2019 dan melancarkan kelab MyAgrosis di Politeknik Mersing.
A
A
A

MERSING - Usaha melahirkan agropreneur muda yang berdaya saing dan berkaliber dalam kalangan siswazah diterjemah melalui kerjasama antara Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) dengan Kementerian Pendidikan (KPM) melalui penubuhan kelab MyAgrosis di Politeknik Mersing.

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak berkata, program MyAgrosis dilaksanakan di 112 institusi pengajian dengan keahlian terkini seramai 45,650 ahli.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, 22,771 ahli kelab MyAgrosis di bawah seliaan FAMA serta seramai 7,881 ahli kelab MyAgrosis adalah dari politeknik.

"Kelab MyAgrosis mendapat penerimaan yang baik di Johor dengan penglibatan seramai 2,020 ahli di lima institusi pengajian sehingga Mac 2019," katanya ketika merasmikan Karnival Mersing Best Buy Mersing 2019 dan melancarkan Kelab MyAgrosis di Politeknik Mersing, di sini.

Majlis sama turut diadakan penyerahan certificate of collaboration (COC) di antara Politeknik Mersing dan FAMA serta penyerahan bantuan projek Penternakan Lebah Madu (PolyBee) dan projek PolyCafe MyKopie beserta kanopi kelab MyAgrosis kepada Politeknik Mersing.

Hadir sama, Pengarah Politeknik Mersing, Hassan Siraj, Timbalan Pengarah (Operasi) Memangku Kerja Pengarah FAMA Johor, Shahrizan Sudirman.

Sementara itu, Pengarah program, Azielina Mohd berkata, karnival Mersing Best Buy 2019 ini merupakan platform yang bagus untuk pembangunan keusahawanan pelajar politeknik bersama komuniti.

"Pelajar juga berpeluang menimba pengalaman berniaga bersama komuniti dengan pihak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan FAMA.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu juga, program ini merupakan lonjakan untuk membina minat keusahawanan dalam diri pelajar dengan sokongan dan bantuan dari FAMA seperti Kategori Agro Ladang MyAgrosis Polybee dan Agro Niaga mykopie.

"Melalui bantuan ini pelajar lebih bersemangat menceburi keusahawanan dengan lebih mendalam," katanya.

Sementara itu Hassan berkata, Politeknik Mersing banyak terlibat dengan aktiviti keusahawanan melibatkan pelajar dan juga pensyarah dalam mendukung usaha melahirkan graduan berdaya saing dalam bidang keusahawanan serta bidang teknikal lain.

"Di antara kejayaan yang telah dikecapi antaranya ialah berjaya menghantar seorang pelajar dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) ke program pengukuhan ekosistem keusahawanan Entrepreneurs Training: Young Entrepreneurs Programme siri 1 yang mana ianya adalah kursus bersama Alibaba Group di Hangzhou, Republik Rakyat China.

"Kini, pelajar berkenaan Muhammad Hafiz Mat Rudin telah berjaya mengembangkan perniagaan di bawah ikubator keusahawanan yang didaftarkan atas nama Zealous IT Solutions.

"Pelajar ini juga telah tersenarai sebagai calon Top 3 bagi kategori Most Promising Awards dalam Anugerah Keusahawanan Politeknik Malaysia 2017," katanya.