Lelaki maut cuba tahan kereta masuk laut

Keadaan kereta yang menggelongsor masuk ke laut dalam kejadian di Teluk Senangin, Lumut hingga mengorbankan seorang lelaki pada malam Khamis. - Foto Bomba Perak
Keadaan kereta yang menggelongsor masuk ke laut dalam kejadian di Teluk Senangin, Lumut hingga mengorbankan seorang lelaki pada malam Khamis. - Foto Bomba Perak
A
A
A

LUMUT - Seorang lelaki maut selepas terperosok bawah kereta ketika cuba menahan sebuah kereta dari masuk ke laut dalam satu kejadian di Teluk Senangin di sini malam Khamis.

Dalam kejadian sekitar jam 11.30 malam itu, mangsa dikenali Muhammad Hafiz Ramli, 31, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas.

Maklumat awal kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis pada jam 11.34 malam memaklumkan terdapat sebuah kereta jenis Proton Gen2 menggelongsor masuk ke laut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat diterima daripada orang awam itu turut menyatakan terdapat seorang lelaki terperosok di bawah kereta berkenaan dipercayai cuba menahan kenderaan terbabit.

"Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa naik ke tepi pantai sebelum anggota bomba sampai ke lokasi.

"Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kebyataan di sini pada Jumaat.

Kenyataan itu berkata, operasi anggota kemudiannya membuat sizeup di lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain wujud.

"Pemeriksaan dalam kereta juga dilakukan selain mencabut kabel bekalan kuasa bateri kenderaan bagi mengurangkan risiko kejadian lain berlaku," katanya.

Artikel Berkaitan:

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.45 pagi.