Parti politik tidak patut campur tangan organisasi media

Pakatan Harapan (PH) mengambil pendirian bahawa parti-parti politik tidak sepatutnya mencampuri urusan organisasi media.
Pakatan Harapan (PH) mengambil pendirian bahawa parti-parti politik tidak sepatutnya mencampuri urusan organisasi media.
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) mengambil pendirian bahawa parti-parti politik tidak sepatutnya mencampuri urusan organisasi media.

PH dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, ia merupakan petanda tidak baik terhadap tanggapan kebebasan pelaporan serta agenda politik organisasi media tersebut kelak.

“Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dilapor media sebagai memberi jaminan berhubung kebebasan akhbar.

“Walaupun jaminan tersebut diterima baik, namun realitinya indah khabar dari rupa. Beberapa hari lalu, kita membaca mengenai pelantikan Pengarang Kumpulan akhbar New Straits Times (NST) yang baharu, didakwa pelbagai pihak termasuk tokoh wartawan telah dibuat atas campur tangan politik.

“Ini satu perkara amat dikesali dan PH mengambil pendirian bahawa parti-parti politik tidak patut mencampuri urusan organisasi media terutama seperti yang kita saksikan ini,” katanya.

Menurutnya, PH juga kesal dengan tindakan pihak kerajaan melalui Timbalan Pendakwa Raya yang telah mendakwa dua pengamal media dari akhbar The Edge di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, iaitu jenayah fitnah.

“Dakwaan ini berkait siri artikel yang diterbit The Edge berhubung jual beli saham murah (penny stock) yang dipercayai dimanipulasi pihak-pihak tertentu di Bursa Malaysia.

“Kami menuntut kerajaan untuk menarik balik dakwaan jenayah ini, dan jika pihak yang terkesan mempunyai keinginan mereka boleh memfailkan saman sivil terhadap media tersebut,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, media memainkan peranan amat penting terutama dalam usaha semak imbang selain menjamin ketelusan urus tadbir termasuk dalam bidang ekonomi.

“Oleh itu, jaminan Perdana Menteri ini perlu dizahirkan bukan sahaja di bibir tetapi melalui tindakan-tindakan yang selaras dengan jaminan tersebut,” ujarnya.