X

Kindly register in order to view this article
!

Jalan TAR ditutup: Kementerian ambil setiap maklum balas

Dr Shahruddin ketika melakukan tinjaun laluan yang ditutup di Jalan TAR, hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengambil kira segala maklum balas yang diterima berhubung penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang bermula semalam.

Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata, untuk hari pertama perlaksanaan, beliau berpuas hati dan menyifatkan tiada banyak masalah yang berlaku.

Bagaimanapun katanya, terdapat pengguna laluan yang tidak peka tentang penutupan berkenaan.

“Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Untuk hari pertama saya berpuas hati.

“Namun kita akan menambahbaik setiap perkara yang perlu diberi perhatian,” katanya.

Mengulas berhubung kebimbangan yang disuarakan peniaga premis, beliau berkata ia perkara biasa untuk setiap pembaharuan yang mahu dibuat.

“Bimbang itu biasa tapi kita akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjadikannya lebih baik,” katanya.

Terdahulu beliau melakukan lawatan ke Pasar Malam Lorong TAR dan meninjau laluan yang ditutup kepada kenderaan persendirian.

Dalam masa sama, beliau berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap dengan pendirian menempatkan Bazar Ramadan di Jalan Raja.

“Jika ada perubahan, kita akan laksanakan untuk penganjuran Bazar Ramadan pada tahun depan. Kita akan lihat bagaimana hasil perubahan ini nanti,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!