PKNS RaudhahVille tawar ciri kemudahan bandar pintar, Islamik

Zuraidi diiringi Norita dan Syed Zainal Abidin meluangkan masa melihat rumah RaudhahVille fasa pertama.
Zuraidi diiringi Norita dan Syed Zainal Abidin meluangkan masa melihat rumah RaudhahVille fasa pertama.
A
A
A

CYBERJAYA - Sebanyak 300 unit rumah eksklusif atau multi generasi, PKNS RaudhahVille bagi fasa pertama dilancarkan di Selangor Cyber Valley (SCV).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, projek perumahan yang mengetengahkan konsep 'modern tropical' dan mewah itu dibina di atas tapak seluas 12.10 hektar dengan kerjasama strategik antara pihaknya dengan Raudhah City Sdn Bhd.

Beliau berkata, projek perumahan RaudhahVille yang menawarkan empat jenis rekabentuk dengan luas lantai dari 2,227 kaki persegi sehingga 3,796 kaki persegi itu dibina di dalam bandar Raudhah City iaitu sebuah bandar Islam moden pertama di dunia.

Norita (kiri) dan Zuraida (dua, kiri) memdengar penerangan berhububg dekorasi hiasan dalaman projek rumah terbabit.
Norita (kiri) dan Zuraida (dua, kiri) memdengar penerangan berhububg dekorasi hiasan dalaman projek rumah terbabit.



Zuraida diberi penerangan berkenaan ciri-ciri rumah RaudhahVille.
Zuraida diberi penerangan berkenaan ciri-ciri rumah RaudhahVille.

Menurutnya, RaudhahVille ini bukan saja dilengkapi ciri-ciri kemudahan bandar pintar, malah pembeli rumah ini juga akan menikmati pelbagai kemudahan dan pembangunan yang telah siap dan sedang dalam proses pembinaan di dalam bandar seluas 213.2 hektar ini.

"Dengan tema 'Bandar Keamanan dan Kasih Sayang', Raudhah City dibangunkan secara berperingkat meliputi pembangunan kluster pendidikan awal berasaskan montesori Islam di mana kita telah bangunkan kampus sekolah Islam antarabangsa Brainy Bunch kurang 2 kilometer dari RaudhahVille ini.

"Ia akan diteruskan dengan pembangunan kluster pendidikan tinggi dan hab pelancongan perubatan, kluster multimedia kreatif dan hab halal, kluster komersial dan kluster kediaman," katanya.

Artikel Berkaitan:

Zuraida meninjau projek perumahan yang masih dalam pembinaan di RaudhahCity, SCV.
Zuraida meninjau projek perumahan yang masih dalam pembinaan di RaudhahCity, SCV.

Terdahulu, majlis pelancaran PKNS RaudhahVille itu dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin.

Norita berkata, PKNS menyasarkan bandar itu akan didiami lebih 50,000 penduduk yang akan merasai pengalaman bandar bercirikan Islamik yang difokuskan kepada pelbagai komuniti termasuk bukan Muslim.

Beliau berkata, bandar itu akan menjadi sebuah bandar contoh yang mempunyai ciri bandar Islam moden, selain patuh syariah, penekanan aspek keselamatan, kelestarian bandar dan perhubungan pintar antara bandar.

"Projek PKNS RaudhahVille ini mencatatkan kemajuan pembinaan sebanyak 75 peratus sehingga hari ini dan akan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2020.

"Dengan perincian kemasan yang mewah dan eksklusif, saya yakin ia mampu menampilkan elemen pembangunan yang mampan dan lestari bagi memberi nilai tambah kepada projek yang dibangunkan di kawasan sekitar Raudhah City," katanya.

Norita berkata, PKNS optimis projek perumahan ini bakal menepati citarasa rakyat berdasarkan konsep rekabentuk dan pemilihan lokasi yang dilihat amat strategik dengan pelbagai jaringan akses kemudahan logistik melalui Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Lembah Klang Selantan (SKVE), Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya MEX.

Katanya, harga jualan dibuka dari RM1.2 juta sehingga RM2.1 juta sebelum diskaun.

INFO

* SCV bandar berkeluasan 1,299 ekar merupakan pusat bandar baharu ke-11dibangunkan PKNS dengan konsep bandar pintar

* SCV akan dijadikan sebagai ibu kota perdagangan Selangor dengan dilengkapi pusat pameran dan persidangan bertaraf antarabangsa yang canggih akan mengangkat imej Selangor sebagai gerbang Asean.