RHB Bank penaja platinum eksklusif di MATTA Fair

Sheikh Awadh (kanan) bersama Eow Oo bergambar dalam sidang media di ibu kota pada Rabu.
Sheikh Awadh (kanan) bersama Eow Oo bergambar dalam sidang media di ibu kota pada Rabu.
A
A
A

PERSATUAN Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengumumkan penyertaan RHB Banking Group sebagai Penaja Platinum Eksklusif dalam MATTA Fair yang akan berlangsung pada awal September depan.

Timbalan Presiden MATTA, Sheikh Awadh Sheikh Abdullah berkata, penyertaan itu sejajar dengan kedudukan MATTA sebagai penggerak dalam memacu landskap industri pelancongan di negara ini, sekaligus dapat menyumbang kepada kejayaan dalam acara MATTA Fair yang akan datang.

Ujarnya, ahli MATTA dan rakan kongsi industri boleh menantikan peluang menarik, perkhidmatan yang dipertingkatkan, dan penyelesaian kewangan khusus yang disesuaikan mengikut keperluan unik mereka melalui kerjasama ini.

Sheikh Awadh
Sheikh Awadh

"Bagi pihak MATTA, kami gembira dengan penyertaan RHB Banking Group sebagai Penaja Platinum Eksklusif dan kami harap kerjasama tersebut dalam MATTA Fair itu dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak

"Semasa pameran MATTA Fair, RHB Bank akan menawarkan promosi kad yang menarik berkaitan tawaran pelancongan, diskaun serta tawaran pendaftaran di tingkat 3 iaitu bahagian gerai utama.

"Di tingkat 1 pula kepada mereka yang memohon Kad Debit/-i Visa RHB Multi Currency atau Kad Kredit/-i RHB Visa semasa pameran tersebut," katanya ketika dalam sidang media yang diadakan di sebuah hotel pada Rabu.

MATTA Fair akan berlangsung pada 1 hingga 3 September di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang mempunyai keluasan sehingga 37,645 meter persegi.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, menurut Sheikh Awadh, MATTA Fair yang bermula pada jam 10 pagi hingga 9 malam itu turut mengadakan cabutan bertuah bagi penumpang perkhidmatan bas ulang-alik yang disediakan oleh pihaknya.

"Harganya ialah 10 keping baucar pelancongan bernilai RM100 setiap hari dan untuk penebusan dengan pempamer dan syarikat tempatan kami, tarikh tamat baucar ialah sebelum 31 Mac 2024.

"Jadi pelawat disarankan supaya mengambil perkhidmatan bas tersebut ke MITEC daripada KL Sentral dan Sunway Putra Mall dari jam 10 pagi hingga 9 malam untuk 1 hingga 3 September," ujarnya.

Jeffrey Ng Eow Oo
Jeffrey Ng Eow Oo

Sementara itu, Pengarah Urusan Perbankan Komuniti Kumpulan RHB Bank Bhd, Jeffrey Ng Eow Oo berkata, pemegang Kad Debit/-i Visa RHB Multi Currency atau Kad Kredit/-i RHB Visa boleh menikmati diskaun sehingga 60 peratus bagi tiket penerbangan dan penginapan hotel.

Ujarnya, tawaran itu hanya boleh didapati bagi yang membeli pakej pelancongan dengan rakan kongsi peniaga pelancongan pihaknya di MATTA Fair.

"Lebih penting lagi, pelancong boleh melakukan perjalanan dengan tenang semasa percutian mereka kerana

Kad Debit/-i Visa RHB Multi Currency membolehkan seseorang itu untuk berurus niaga dengan ringgit Malaysia dan sehingga 16 mata wang asing, dengan itu menghapuskan keperluan untuk menguruskan wang tunai yang berlebihan

"RHB bertujuan untuk menyokong pemulihan industri hospitaliti dan pelancongan tempatan untuk tahap pra-Covid-19 dengan menghubungkan dengan rakan kongsi yang mengambil bahagian dalam MATTA Fair untuk membantu meningkatkan jualan dan memaksimumkan hasil," ujarnya.