Malam Patriot Tun Fatimah perkenal peranan srikandi Melayu

Zainal (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Mohd Ridhwan pada Rabu.
Zainal (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Mohd Ridhwan pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan kerjasama Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (Kemudi) akan menganjurkan Program Malam Patriot Tun Fatimah sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke-65.

YBK dalam kenyataan memaklumkan objektif program adalah untuk memperkenalkan watak dan peranan Tun Fatimah selaku srikandi Melayu ulung dalam sejarah negara kepada generasi baharu.

Di samping itu, kata kenyataan itu, program tersebut juga ingin mengetengahkan keunikan kesusateraan Melayu dengan fokus kepada puisi, syair, kebudayaan Melaka serta memperkenalkan Hotel Tun Fatimah Riverside sebagai salah satu destinasi penginapan.

"Program berlangsung pada 16 September bermula jam 8 malam di ruang makan terbuka Hotel Tun Fatimah Riverside (bersebelahan Sungai Melaka), dan akan dirasmikan oleh Ahli Dewan Negara, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

"Turut hadir, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK).

"Tokoh-tokoh dan deklamator yang menzahirkan puisi ialah Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka, Profesor Datuk Seri Dr Haji Awang Sariyan; Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan dan Datuk Dr Rahman Shaari," kata kenyataan itu pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, persembahan lagu puisi daripada kumpulan buskers jemputan juga paparan puisi drama Tun Fatimah dan Rejang turut dipersembahkan.

Orang ramai khususnya rakyat Melaka dialu-alukan untuk hadir dan menyaksikan program ini sebagai tanda sokongan dalam memperkasakan aktiviti kebudayaan di samping semangat cintakan tanah air.

Artikel Berkaitan: