Henti tuding jari kekalahan Liverpool

Van Dijk - Foto Rex
Van Dijk - Foto Rex
A
A
A

SEMUA pihak diharap berhenti menuding jari atas kekalahan 1-4 Liverpool kepada Napoli pada aksi Liga Juara-Juara, baru-baru ini.

Menurut tonggak pertahanan The Reds, Virgil Van Dijk, perbuatan berkenaan hanya akan memburukkan lagi keadaan sedangkan kelab berkenaan perlu segera bangkit bagi mengharungi perlawanan seterusnya selepas ini.

“Situasinya tidak akan berubah. Ya, Liverpool telah tewas dan hakikat itu perlu diterima oleh semua pihak.

“Selepas ini Liverpool akan berdepan gergasi Belanda, Ajax di tempat sendiri dan perlawanan ini penting untuk dimenangi.

“Semua pihak kini perlu bersama-sama...kami perlukan penyokong dan kami juga perlu memberikan aksi yang terbaik pada perlawanan itu,” katanya.

Untuk rekod, Liverpool tumpas 1-4 kepada Napoli di Naples pada aksi sulung Kumpulan A, Khamis lalu.

Kekalahan mengejutkan itu kemudiannya mula mendapat kecaman daripada pelbagai pihak terutamanya penyokong The Reds.

Sementara itu Van Dijk menegaskan tidak ada mana-mana pihak yang harus dipersalahkan atas kekalahan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, perbuatan sedemikian hanya akan memburukkan lagi keadaan dan sekali gus bakal mewujudkan suasana yang tidak sihat dalam kalangan pemain.

“Kini kita perlukan sokongan daripada setiap pihak. Jika sikap menuding jari ini berterusan, ia bakal mewujudkan suasana yang negatif dan ini jelas merupakan sesuatu yang tidak baik untuk pasukan,” katanya.