Tewaskan Liverpool kejayaan penting Napoli

Pemain Napoli, Piotr Zielinsky (hadapan) melonjak tinggi ketika meraikan jaringannya ketika berdepan Liverpool pada aksi Liga Juara-Juara di Stadio Diego Armando Maradona pada Khamis. - Foto EPA
Pemain Napoli, Piotr Zielinsky (hadapan) melonjak tinggi ketika meraikan jaringannya ketika berdepan Liverpool pada aksi Liga Juara-Juara di Stadio Diego Armando Maradona pada Khamis. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Napoli, Luciano Spalletti menyifatkan kemenangan 4-1 ke atas Liverpool pada aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara pada Khamis sebagai satu kejayaan penting.

Menurutnya, kemenangan berkenaan bakal membantu menyemarakkan semangat kesebelasan pemain bagi mengharungi saingan di peringkat kumpulan kali ini.

“Bagi saya, kemenangan ini merupakan keputusan yang sangat penting. Pertama ia menjadi satu permulaan yang baik buat pasukan.

“Selain itu, keputusan ini juga diukur dengan melihat pasukan mana yang kita tewaskan dan kali ini ia adalah Liverpool yang merupakan salah satu kelab bola sepak terbaik di dunia.

“Oleh itu, kemenangan ini nyata cukup penting bagi kita bagi mengharungi saingan di peringkat kumpulan kali ini,” katanya.

Pada aksi di Stadio Diego Armando Maradona itu, Napoli membuka jaringan seawal minit kelima apabila Piotr Zielensky menyempurnakan sepakan penalti diikuti jaringan Andre-Frank Zambo padda minit ke-31, Giovanni Simeone (min-44) sebelum Zielensky meledak gol keempat pada minit ke-47.

Liverpool kemudiannya berjaya merapatkan jurang gol hasl jaringan Luis Diaz pada minit ke-49, namun ia dilihat gagal mengubah keputusan perlawanan dan menyaksikan kedudukan 4-1 memihak kepada Napoli kekal hingga ke wisel penamat.

Sementara itu, Spalletti mahu kesebelasan Napoli kembali memberikan fokus untuk berdepan Spezia bagi saingan Serie A pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, skuad kendaliannya itu perlu meneruskan momentum kemenangan menjelang aksi kedua Kumpulan A berdepan Rangers yang tumpas 0-4 kepada Ajax pada Khamis.

“Kita akan berdepan Rangers di tempat lawan 13 September ini dan pastinya kita bakal menerima tentangan sengit daripada mereka yang turut memburu kemenangan setelah tewas pada aksi sulung peringkat kumpulan,” katanya.