BOSB, AEON BiG jalin kerjasama

Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed dan Pengarah Urusan BOSB, Ain Aziza Arifin pada majlis pelancaran yang diadakan sempena MIHAS 2022 di MITEC, Kuala Lumpur.
Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed dan Pengarah Urusan BOSB, Ain Aziza Arifin pada majlis pelancaran yang diadakan sempena MIHAS 2022 di MITEC, Kuala Lumpur.
A
A
A

PENGELUAR minuman berjenama BubblesO2, Bubbles O2 Sdn Bhd (BOSB) telah bekerjasama dengan AEON BiG Sdn Bhd (AEON BiG) untuk memasarkan produk terbaharunya, BubblesO2 Flavoured Mineral Water di semua cawangan pasar raya itu di seluruh negara.

AEON BiG dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu dimeterai pada majlis pelancaran produk baharu itu sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2022 (MIHAS 2022) yang berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu, kolaborasi itu merupakan usaha kedua-dua pihak untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik rakyat Malaysia mengenai kualiti air mineral dan fungsinya serta segmen minuman sihat.

“BOSB mengeluarkan air mineral sebagai usaha untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif kepada komuniti dan mengesahkan misinya, 'To Share The Inherent Benefits of Naturally Oxygenated Mineral Water”.

"Secara amnya, sebanyak 30 peratus daripada pasaran Malaysia lebih cenderung membeli air premium dan sihat serta ada jurang pasaran antara air premium antarabangsa dan air mineral tempatan serta air minuman,” jelas kenyataan itu.

Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed dan Pengarah Urusan BOSB, Ain Aziza Arifin bersama-sama kakitangan kedua-dua syarikat pada majlis pelancaran yang diadakan sempena MIHAS 2022 di MITEC, Kuala Lumpur.
Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed dan Pengarah Urusan BOSB, Ain Aziza Arifin bersama-sama kakitangan kedua-dua syarikat pada majlis pelancaran yang diadakan sempena MIHAS 2022 di MITEC, Kuala Lumpur.

Pasar raya terbesar itu berkata, BubblesO2 memenuhi keperluan pelanggan dan melihat kepada air mineral premium yang memberikan manfaat kesihatan pada harga mampu milik dengan melancarkan produk baharu.

“Kerjasama dengan AEON BiG menjadi platform kepada syarikat itu merealisasikan misinya. AEON BiG menjadi perintis untuk menyediakan platform kepada produk makanan dan minuman yang inovatif di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

“AEON BiG mempunyai 21 pasar raya besar dan menawarkan pelbagai pilihan dengan hara yang berpatutan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, AEON BiG berkata, produk baharu itu merupakan minuman yang tidak mengandungi gula, kalori, karbohidrat, lemak dan protein.

“Ia didatangkan tiga perisa iaitu lemon, epal dan pic. Dengan keunikannya sebagai air mineral yang sangat kaya dengan oksigen, BubblesO2 sesuai untuk mereka yang ingin mencari minuman sihat yang bukan sahaja rasanya lazat tetapi termasuklah faedah air beroksigen tinggi yang telah dikaji dengan baik di peringkat global untuk meningkatkan tahap tenaga dan prestasi senaman,” kata kenyataan itu.