Belanja RM50, peluang menang RM10,000 di AEON BiG

A
A
A

Sheikh Farouk berharap orang ramai tidak melepaskan peluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.
Sheikh Farouk berharap orang ramai tidak melepaskan peluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.

SHAH ALAM - Hanya dengan berbelanja serendah RM50, pengunjung AEON BiG berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM10,000 sempena Peraduan TikTok AEON BiG 'Belanja50andBiGTikTok' pada Jun.

Peraduan ini berkonsepkan video kreatif berdurasi 90 saat dan pelanggan hanya perlu menyatakan barang-barang bernilai RM50 yang dibeli, sebab pembelian dan mempamerkan resit pembelian yang sah dalam video dimuat naik di TikTok.

Video dimuat naik ke laman Tik Tok peribadi pengunjung juga perlu berlatar belakangkan AEON BiG yang dikunjungi bersama hashtag, #ingatOreningatAEONBiG, #PelbagaiPilihanNilaiHebat, #SinarHarian, #AEONBiG dan #Belanja&BiGTikTok.

Itu kelainan ditawarkan AEON BiG dengan kerjasama Sinar Harian kepada pengunjung sebagai penghargaan kepada kesetiaan mereka dan sebagai menarik lebih ramai pelanggan baharu terutama belia untuk berbelanja.

Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, selain hadiah tunai, pelanggan yang berjaya juga akan menerima AEON BiG 'gift card' untuk dibelanjakan di mana-mana cawangan hypermarket berkenaan di Malaysia.

Menurutnya, peraduan itu dijalankan selama sebulan iaitu sepanjang Jun dan jumlah perbelanjaan RM50 sebagai syarat adalah bersesuaian serta tidak membebankan pengunjung yang majoritinya adalah B40.

No Image Caption

“Kita berharap lebih ramai dapat menyertai peraduan ini yang bukan hanya dengan misi untuk menang tetapi bergembira dengan barang-barang yang dibelanjakan dengan tawaran pada harga rendah dan berbaloi.

"Pemenang kreatif dan mematuhi terma serta syarat peraduan akan diumumkan dalam sesi khas yang bakal berlangsung tidak lama lagi serta menerusi peraduan ini diharap lebih ramai pelanggan baharu mengenali AEON BiG," katanya.

Tambahnya, pihaknya amat berharap agar orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi AEON BiG dan memenangi hadiah lumayan ditawarkan serta dapat menyerlahkan bakat serta kreativiti mereka dengan 'Belanja50andBiGTikTok'.

Hadiah keseluruhan sebanyak RM10,000 terbahagi kepada hadiah utama sebanyak RM3,000 iaitu wang tunai RM1,500 dan 'gift card' bernilai RM1,500 boleh ditebus di mana mana cawangan AEON BiG.

Sementara hadiah kedua berupa wang tunai RM1,000 dan 'gift card' bernilai RM1,000 manakala hadiah ketiga berupa wang tunai RM500 dan 'gift card' bernilai RM500 serta 10 pemenang saguhati bernilai RM400 setiap seorang.

Maklumat terperinci mengenai peraduan dan pemenang akan diumumkan di platform media cetak dan dalam talian di Sinar Harian.