X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu Grab rugi RM80,000

Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A

KUANTAN - Gara-gara termakan pujukan seorang lelaki yang mendakwa sebagai pegawai Telekom Malaysia (TM), seorang pemandu Grab terpaksa berputih mata mengenangkan ditipu lebih RM80,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian berlaku selepas menerima panggilan daripada pihak TM memaklumkan taliannya akan ditamatkan dalam masa dua jam.

Menurutnya, talian tersebut ditamatkan atas alasan nama mangsa telah didaftar di Kuala Lumpur dan terlibat dengan jenayah judi online. "Mangsa kemudiannya disambungkan ke IPK Kuala Kumpur dan bercakap dengan seorang yang menyamar polis untuk mengesahkan perkara ini dan waran tangkap telah dikeluarkan ke atas pengadu.

"Mangsa telah membayar RM80,000 untuk tujuan penyiasatan namun apabila disuruh masukkan wang lagi, mangsa terus ke balai polis membuat laporan selepas menceritakan perkara ini kepada isterinya," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi kes berlainan, Mohd Wazir berkata seorang peneroka mengalami kerugian ditipu lebih RM64,770 selepas dipercayai ditipu sindiket yang menawarkan pinjaman peribadi yang tidak wujud pada empat tahun lepas.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila mangsa menghadiri sebuah majlis perasmian dan telah bertemu dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai V Gobi pada tahun 2016.

"Mangsa telah bertemu suspek yang merupakan pengerusi majlis tersebut disebabkan ingin meminjam RM200,000 bertujuan untuk memulakan perniagaan.

"Suspek meminta mangsa agar membayar wang sejumlah RM1,000 sebagai proses permulaan pinjaman dan mangsa telah memberi secara tunai di majlis tersebut.

"Mangsa kemudiannya diminta membuat bayaran secara berperingkat melalui tunai dan 'cash deposit' ke atas tiga akaun bank yang berbeza iaitu Gobi, Humphrey Wee dan Priya Krishnan," katanya.

Mohd Wazir berkata akibat daripada itu, jumlah keseluruhan wang yang mangsa keluarkan berjumlah RM64,770 dan suspek telah meminta semula wangnya namun tidak diberikan.

"Suspek juga telah memberi satu cek pada bulan Ogos 2016 namun suspek tidak membenarkan menunaikan cek tersebut dan sehingga kini dia tidak menerima apa-apa bayaran daripada mangsa.

Tambahnya, kedua-dua kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!