2,428 kes baharu Covid-19, 9 kematian

Malaysia merekodkan 2,428 kes baharu Covid-19 pada Rabu. - Gambar hiasan
Malaysia merekodkan 2,428 kes baharu Covid-19 pada Rabu. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia merekodkan 2,428 kes baharu Covid-19 pada Rabu dengan dua daripadanya kes import, manakala kes aktif dicatatkan adalah sebanyak 27,076.

Portal CovidNow menunjukkan, daripada keseluruhan kes pesakit Covid-19 yang masih aktif, sebanyak 25,650 atau 94.7 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah, manakala 18 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data itu turut menunjukkan seramai 1,341 pesakit Covid-19 dilaporkan ditempatkan di hospital dengan 67 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Kes sembuh baharu Covid-19 yang direkodkan pada Rabu ialah 2,673 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,734,099.

Pada masa sama, negara ini turut merekodkan sembilan kematian baharu akibat wabak tersebut pada Rabu.

Daripada jumlah itu, dua kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Artikel Berkaitan: