Polis cekup penganggur, rampas dadah RM6.4 juta

Muhamad Zaki (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada dadah yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kelantan di Kota Bharu pada Rabu.
Muhamad Zaki (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada dadah yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kelantan di Kota Bharu pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM6.4 juta selepas menahan seorang penganggur di Jalan Pengkalan Chepa di sini pada 29 Ogos lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan dalam satu serbuan yang melibatkan operasi khas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dengan kerjasama Bukit Aman.

"Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas sebuah kereta jenis Perodua Viva telah menjumpai satu beg plastik warna hijau di atas tempat duduk bahagian penumpang hadapan yang mengandungi pil erimin 5 dan yaba.

"Hasil soal siasat yang dijalankan ke atas suspek, polis kemudian membuat serbuan di sebuah rumah di Kampung Pasir Jelatang, Kubang Kerian di sini dan telah menjumpai pil yaba dan ganja," katanya semasa sidang akhbar di IPK Kelantan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, jumlah kesemua rampasan terbabit ialah pil yaba (624,000 biji), pil erimin 5 (400 biji) dan ganja (78.8 kilogram).

Menurutnya, jumlah dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh 703,210 orang penagih.

Muhamad Zaki berkata, hasil siasatan lanjut membawa kepada penangkapan empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam sindiket tersebut.

Katanya, kesemua mereka yang berumur 27 hingga 39 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua suspek direman selama 13 hari sehingga 11 September ini untuk siasatan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988.

"Hasil siasatan awal mendapati bekalan dadah tersebut dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan dan Lembah Klang," katanya.

Muhamad Zaki berkata, turut disita ialah motosikal jenis Yamaha Y15, jam tangan jenama Tissot, kereta jenis Perodua Myvi,

Proton Saga, Perodua Kelisa dan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah Toyota Vellfire.

Muhamad Zaki (kiri) menunjukkan sebahagian daripada kenderaan yang dirampas.
Muhamad Zaki (kiri) menunjukkan sebahagian daripada kenderaan yang dirampas.