Exco Terengganu disyaki salah guna kedudukan akan didakwa esok

Laporan Sinar Harian pada 22 Februari 2026.
Laporan Sinar Harian pada 22 Februari 2026.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang Exco kerajaan Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan akan didakwa di mahkamah, esok.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 60-an itu dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini pada jam 9 pagi.

Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Semalam, sumber memaklumkan suspek disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya sebagai anggota Exco kerajaan negeri serta Pengerusi Lembaga Pengarah sebuah syarikat bagi mengarahkan kedua-dua anaknya dilantik bekerja di dua anak syarikat milik kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu ditahan semalam selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kemaman kerana didakwa melakukan perbuatan berkenaan pada 2018 dan 2020. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan SPRM atas tuduhan salah guna kedudukan
  • Lelaki berusia lingkungan 60-an itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu
  • Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid, mengesahkan perancangan pendakwaan
  • Suspek diduga arahkan anaknya dilantik bekerja di dua anak syarikat milik kerajaan negeri
  • ADUN itu ditahan selepas beri keterangan di Pejabat SPRM Kemaman atas kesalahan pada 2018 dan 2020

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!