'Syukur... abah ditemui selamat'

Foto Mohd Noor yang dikongsi sepupunya dalam perjalanan pulang ke Rembau. Gambar kecil: Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Foto Mohd Noor yang dikongsi sepupunya dalam perjalanan pulang ke Rembau. Gambar kecil: Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

REMBAU - Lelaki warga emas yang hilang sejak Sabtu lepas ditemui selamat di Pagoh, Johor pada jam 3 petang Selasa.

Mohd Noor Mohamed, 64 sebelum itu dilihat sekitar Machap, Johor oleh seorang pemandu lori sebelum dijumpai di Pagoh.

Anaknya, Muhammad Haikal Mohd Noor, 22 ketika dihubungi Sinar Harian meluahkan rasa syukur dan lega apabila bapanya itu ditemui dalam keadaan selamat.

"Semasa diberitahu tentang keberadaan abah, saya baru nak masuk tol Simpang Ampat selepas usaha mencari abah sekitar kawasan Pedas-Linggi.

"Justeru, sepupu membantu dengan membawa abah balik ke Rembau dan abah ditemui sendirian bersama kereta yang dipandunya jenis Proton Wira Aeroback berwarna merah," katanya pada Selasa.

Mengulas lanjut, Muhammad Haikal berkata, dia sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan membantu mencari bapanya sepanjang kehilangannya.

"Punca abah memandu sehingga Johor itu belum diketahui lagi, kami mahu abah rehat dahulu. Terima kasih kepada semua pihak yang tidak henti-henti membantu kami mencari abah dalam pelbagai platform," katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan seorang lelaki di sini meminta bantuan orang ramai bagi mengesan ayahnya yang hilang sejak tiga hari lepas.

Artikel Berkaitan:

Kali terakhir Mohd Noor dilihat ketika menghadiri sebuah kenduri di Kampung Kerinchi, Bangsar di Kuala Lumpur.

Ayahnya memandu kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna merah secara sendirian ke majlis berkenaan pada jam 10 pagi Sabtu kerana ibu tidak sihat.