Polis semak video pendedahan gangguan seksual pelakon remaja

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan membuat semakan terhadap pendedahan seorang pelakon remaja perempuan melalui video program di YouTube bagi melihat sama ada wujud unsur jenayah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada pelakon remaja tersebut.

"Ya, kita belum menerima sebarang laporan daripada remaja tersebut. Saya sendiri pun belum tengok video temu bual berkenaan.

"Namun begitu, kita akan semak dan teliti video tersebut, jika ada sebarang elemen jenayah kita akan siasat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Selasa.

Terdahulu, pelakon remaja berusia 15 tahun itu menjadi tetamu jemputan dalam satu program di YouTube baru-baru ini bagi berkongsi tentang kisah hidupnya.

Dalam program itu, remaja berkenaan membuat pendedahan dengan mendakwa menerima gangguan seksual daripada bapanya sendiri ketika kecil.

Susulan pendedahan itu, bapanya telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah, pada Ahad berhubung dakwaan berkenaan.

Artikel Berkaitan: