Wanita dakwa jadi mangsa gangguan seksual prebet sapu

Rakaman mangsa yang tular meminta orang ramai berhati-hati.
Rakaman mangsa yang tular meminta orang ramai berhati-hati.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh pemandu prebet sapu ketika menggunakan perkhidmatan itu pada Ramadan lalu.

Wanita berusia lewat 50-an itu berkata, lelaki berusia awal 50-an terbabit memintanya melakukan perbuatan tidak senonoh ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

“Orang muda, janda-janda atau orang tua sekali pun jangan naik kereta prebet sapu.

“Saya dah kena dah dalam bulan puasa hari baik, bulan baik dia suruh m****** p**** dia, berhati-hatilah,” ujarnya dalam satu rakaman video yang tular dalam kumpulan WhatApps sejak Isnin.

Dia berkata, dirinya tidak pandai memandu kereta dan menggunakan perkhidmatan itu di bandar Kota Bharu.

“Saya janda suda tua. Umur 50 tahun ke atas dan suami meninggal dunia.

“Saya ceritakan pada dia, ingatkan kasihan, rupa-rupanya ambil kesempatan,” katanya.

Tambah wanita itu, lelaki terbabit dipercayai lebih muda darinya dan meminta supaya suspek tidak mengulangi perbuatan terkutuk terbabit.

“Jadi orang tu, dengar, cari rezeki betul-betul, nak kira untuk anak sekolah. Jangan buat begitu,” katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak polis berhubung kejadian terbabit.