Dituduh cabul anak sendiri, bapa pelakon remaja lapor polis

Pelakon remaja mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapanya. - Foto hiasan
Pelakon remaja mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapanya. - Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bapa kepada seorang pelakon remaja membuat laporan polis susulan pendedahan dibuat anaknya di halaman perkongsian video, YouTube mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapanya baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, lelaki terbabit membuat laporan berkaitan dakwaan anaknya itu di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah pada Ahad.

“Setakat ini, tiada laporan diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur,” katanya ringkas ketika dihubungi pada Isnin.

Pelakon remaja berusia 15 tahun itu membuat pendedahan itu menerusi satu temu bual di YouTube 'Bros Gang TV' hingga menarik perhatian ramai.

Beliau mendakwa, bapanya pernah mengajaknya untuk menonton video lucah bersama dan mendakwa pernah beberapa kali diraba bapanya itu.

Artikel Berkaitan: