[VIDEO] Bom ikan: Enam sekeluarga terkejut lihat lelaki berlumuran darah

Tangkap layar laporan Sinar Harian, pada Isnin.
Tangkap layar laporan Sinar Harian, pada Isnin.
A
A
A

LENGGONG - Enam sekeluarga yang sedang berkelah di Pusat Rekreasi Lata Kekabu di sini pada Isnin terkejut selepas mendengar bunyi letupan dan kemudian melihat pula, seorang lelaki berlari dalam keadaan berlumuran darah.

Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Amirul, 26, berkata, dalam keadaan cemas lelaki terbabit meminta pertolongan supaya dia menghubungi ambulans dan polis.

"Saya sedang salin pakaian panik selepas lelaki itu beritahu ada orang kena bom. Bahagian dada dia berdarah.

"Saya terus telefon 999. Pada masa sama saya cuba tenangkan lelaki terbabit. Berkali-kali dia minta polis cepat datang kerana rakannya cedera," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Amirul, dia tidak berani untuk pergi ke lokasi kejadian di hulu sungai.

"Saya difahamkan lokasi kejadian jauh, perlu berjalan kaki beberapa minit. Memikirkan keselamatan ibu dan ahli keluarga lain, saya tidak pergi melihat lokasi walaupun diberitahu ada mangsa parah.

"Saya diberitahu oleh peniaga di sekitar situ, mereka mengenali mangsa yang merupakan penduduk kampung berhampiran. Setelah polis tiba, kami terus bersiap-siap pulang," katanya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hasan Basri pada Isnin mengesahkan kedua-dua mangsa cedera parah akibat terkena bahan letupan ketika membuat bom ikan.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu, seorang lelaki, Amirudin Khairudin, 44, manakala rakannya berusia 40 tahun cedera parah di tangan akibat terkena bahan letupan daripada bom ikan.

Mangsa yang maut mengalami kecederaan di leher manakala seorang lagi lelaki cedera parah di tangan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

Polis turut menemukan peralatan dan mercun bola di lokasi kejadian serta kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

@sinarharianonline Polis turut temukan peralatan dan mercun bola di lokasi kejadian #fyp#TrendingNewsMalaysia#BuletinTikTok#TikTokNews#BomIkan#Lenggong#LataKekabu original sound Sinar Harian