Lagi kemalangan di Alam Budiman, lori sampah terbalik

SHAH ALAM - Sebuah lori sampah nyaris merempuh beberapa kenderaan sebelum terbalik dalam kemalangan di persimpangan Alam Budiman di sini pad Selasa.
Menerusi video yang tular di media sosial, lori berkenaan dilihat bergerak dari arah Shah Alam melalui Persiaran Mokhtar Dahari sebelum membelok ke arah Persiaran Pulau Lumut.
Bagaimanapun, lori itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar bahagian tepi sebuah lori lain.
Detik cemas berkenaan dipercayai dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain sebelum video itu tular di media sosial.

Persimpangan sama sebelum ini turut merekodkan beberapa kemalangan, termasuk kejadian pada 9 Oktober lalu yang membabitkan 11 kereta dan sebuah lori 10 tan sehingga menyebabkan seorang mangsa kritikal, manakala tiga lagi cedera.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki dilaporkan kritikal akibat kecederaan di kepala, manakala seorang wanita parah akibat kecederaan di bahagian sama.
Dua lagi mangsa lelaki masing-masing mengalami kecederaan termasuk di bahagian perut.
Sementara itu, Sinar Harian masih mendapatkan pengesahan pihak polis berhubung kejadian berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

