Maut terkena bom ikan, polis jumpa mercun bola

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Polis mengesahkan kejadian yang meragut nyawa seorang lelaki di Pusat Rekreasi Lata Kekabu di Lenggong pada Isnin akibat terkena bahan letupan daripada bom ikan.

Dalam kejadian sekitar jam 3 petang itu mangsa, Amirudin Khairudin, 44, maut di tempat kejadian manakala rakannya berusia 40 tahun parah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hasan Basri berkata, mangsa dipercayai menghasilkan sendiri bom berkenaan berikutan penemuan pelbagai peralatan dan mercun bola.

"Mangsa yang maut mengalami kecederaan di bahagian leher telah dibawa ke Hospital Gerik untuk dibedah siasat.

"Seorang lagi lelaki yang mengalami kecederaan pada tangannya dikejarkan ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan kecemasan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Yusri
Mohd Yusri

Menurutnya, kesemua barangan termasuk mercun bola dihantar ke bahagian forensik untuk tindakan lanjut.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Artikel Berkaitan:

"Masyarakat diingatkan untuk tidak menggunakan bahan letupan untuk menangkap ikan dan tidak menyalahgunakan kawasan rekreasi bagi aktiviti tersebut," katanya.