Turkiye belum bersedia terima 10,000 pelarian Rohingya - Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan pada sesi Pertanyaan - Pertanyaan Menteri sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan pada sesi Pertanyaan - Pertanyaan Menteri sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia menghormati keputusan Turkiye yang masih belum bersedia menerima 10,000 pelarian Rohingya dari negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mendapat penjelasan secara langsung daripada kerajaan Turkiye berhubung perkara itu.

Menurut beliau, isu itu tidak perlu dipanjangkan susulan pendirian jelas Turkiye yang belum bersedia menerima pelarian terbabit.

“Saya telah jelaskan, Timbalan Perdana Menteri 1 telah membuat kenyataan berdasarkan keputusan negara mencari tempat negara ketiga kerana kita tidak boleh dan berupaya menampung begitu ramai pelarian.

“Tapi dalam konteks ini, dengan maksud beliau untuk mendapatkan dukungan dari Turkiye, saya dapat penjelasan langsung mereka (Turkiye) tidak bersedia.

“Jadi kita hormat keputusan itu, apatah lagi Turkiye telah mengambil jutaan pelarian malah menjadi negara paling banyak menampung pelarian di dunia,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Anwar berkata, sebelum ini timbul sedikit kekeliruan sama ada Turkiye sudah bersedia atau sebaliknya untuk menerima pelarian berkenaan.

Anwar memberitahu, beliau mendapat maklumat dua malam lalu bahawa kerajaan Turkiye masih belum bersedia menerima pelarian berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!