Amaran angin kencang, laut bergelora di beberapa perairan Malaysia

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang di kawasan Perairan Sabah Barat dan Labuan sehingga jam 11 malam Ahad.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda kawasan perairan timur Phuket, Selat Melaka Selatan, Samui, Tioman, Condore, Bunguran dan barat laut Reef North sehingga jam 12 tengah malam Isnin.

Menurut MetMalaysia, keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Pada masa sama, MetMalaysia turut memaklumkan angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Phuket dalam tempoh 7 September 2022 sehingga 9 September ini.

Amaran turut dikeluarkan membabitkan kawasan perairan timur laut Condore dan Reef North, di mana angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 dijangka melanda sehingga 7 September 2022.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," jelas kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: