Kilang terbiar jadi 'port' proses arak haram

Roslan melihat kotak-kotak arak yang dirampas.
Roslan melihat kotak-kotak arak yang dirampas.
A
A
A

NILAI - Taktik sindiket menjadikan sebuah kilang terbiar di Kampung Orang Asli Broga di sini sebagai tempat memproses arak secara haram terbongkar selepas serbuan dilakukan polis minggu lalu.

Serbuan itu dilakukan sepasukan polis Cawangan Khas Siasatan Khas Bahagian Siasatan Jenayah Berat(D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dalam 'Op Kontraban' pada 24 dan 25 Ogos, antara jam 5.30 petang sehingga 3 pagi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid berkata, dalam serbuan berkenaan sebanyak 22,848 tin arak haram berjaya dirampas yang dianggarkan bernilai RM18,748 serta peralatan memproses arak dengan nilai rampasan keseluruhan RM4 juta.

"Tiga lelaki warga Myanmar berusia 30-an ditahan ketika serbuan manakala dua lelaki tempatan berusia 40-an ditahan pada 30 Ogos susulan siasatan lanjut.

"Saya boleh katakan ini merupakan serbuan arak haram yang terbesar dilakukan polis tahun ini," katanya pada sidang akhbar di lokasi pada Jumaat.

Ruslan (dua dari kiri) melihat mesin memproses arak di kilang yang diserbu.
Ruslan (dua dari kiri) melihat mesin memproses arak di kilang yang diserbu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, kilang berkenaan telah menjalankan operasi memproses arak sejak dua tahun lalu dengan menggaji 12 pekerja warga Myanmar.

Ujarnya, kilang terbabit sebelum ini telah didaftarkan sebagai gudang penyimpanan barang namun pemiliknya telah meninggal dunia.

Artikel Berkaitan:

"Kita syaki arak-arak ini dijual dengan harga antara RM5 ke RM10 setin dan bukan saja untuk pasaran dalam negara tetapi juga dieksport ke luar negara," jelas beliau.

Sementara itu, Ruslan berkata, kesemua suspek telah direman 12 hari bermula 25 Ogos lalu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Kilang terbiar jadi 'port' proses arak haram di Kampung Orang Asli Broga.
Kilang terbiar jadi 'port' proses arak haram di Kampung Orang Asli Broga.