2,356 kes baharu Covid-19, sembilan kematian

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM- Kes baharu Covid-19 yang direkodkan pada Khamis berjumlah 2,356 kes dengan sembilan kematian.

Lima kes baharu yang dilaporkan melibatkan kes import, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak tersebut kepada 4,784,980 kes.

Berdasarkan portal CovidNow, terdapat tiga kes kematian di luar fasiliti hospital (BID), menjadikan jumlah kumulatif kematian setakat ini bertambah kepada 36,225 kes.

Selain itu, sejumlah 31,463 kes aktif direkodkan dengan 30,084 daripadanya atau 95.6 peratus merupakan pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Pesakit yang menerima rawatan di hospital pula berjumlah 1,285 kes dengan 28 kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan manakala 46 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Baki 20 kes lagi, pesakit Covid-19 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selain itu, negara merekodkan sebanyak 1,875 kes pesakit sembuh menjadikan kes pulih keseluruhan adalah sebanyak 4,717,292 kes.

Artikel Berkaitan: