Elaun pegawai syarak Melaka naik hingga RM200

Sulaiman
Sulaiman
A
A
A

MELAKA - Seramai 1,100 pegawai syarak di 185 masjid di Melaka mendapat faedah kenaikan imbuhan bulanan bermula Oktober depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, kenaikan bermula RM50 hingga RM200 membabitkan jawatan imam, bilal, noja dan pengurus jenazah wanita.

Menurutnya, elaun bulanan imam satu dan imam dua dinaikkan sebanyak RM50, sekali gus menjadikan kadar elaun baharu imam satu RM930 manakala imam dua RM920.

Katanya, elaun bulanan bilal pula dinaikkan kepada RM500 yang menyaksikan kenaikan sebanyak RM190, manakala elaun noja naik RM200 menjadi RM500, sementara pengurus jenazah wanita satu dan dua masing-masing naik RM100 menjadi RM300.

"Kenaikan terakhir imbuhan pegawai syarak negeri ini dilaksanakan pada tahun 2014 hanya melibatkan jawatan bilal, noja dan pengurus jenazah wanita sebelum kadar kenaikan baharu ini dipersetujui pada tahun ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri di sini pada Khamis.

Sinar Harian pada Julai lalu melaporkan kerajaan negeri akan mengumumkan berita gembira mengenai kenaikan kadar elaun pegawai-pegawai syarak masjid tidak lama lagi.

Sulaiman ketika itu berkata, kenaikan elaun tersebut membabitkan jawatan imam, bilal dan noja masjid.

Artikel Berkaitan: