12 buah rumah dilanda ribut

Ribut

Keadaan rumah mangsa yang terjejas ekoran ribut.
Keadaan rumah mangsa yang terjejas ekoran ribut.
A
A
A

PENDANG - Sebanyak 12 buah rumah di Kampung Bukit Berangan dan Kampung Bendang Raja rosak dilanda ribut lewat petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, LT(PA) Muhd Fairus Rosdi berkata, kejadian berlaku pada jam 6.30 petang.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.47 malam dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

Setiba di lokasi kejadian pihak APM mengambil tindakan dengan membersihkan kawasan terjejas.

"Kami juga turut membersihkan pokok tumbang di atas rumah mangsa serta mengalihkan barang berharga agar tidak terkena hujan," katanya.

Keadaan rumah mangsa yang terjejas ekoran ribut.
Keadaan rumah mangsa yang terjejas ekoran ribut.

Menurut Muhd Fairus, kerja-kerja pembersihan tamat pada jam 12.19 pagi tadi.

Artikel Berkaitan:

"Namun begitu, pihak APM turut membuat rondaan pada siang hari ini bagi memastikan tiada rumah mangsa yang tertinggal daripada dibersihkan," katanya.

Tambah Muhd. Fairus, jumlah kesemua mangsa bagi kedua-dua kampung ialah 43 mangsa melibatkan 12 buah keluarga.

"Kesemua mangsa masih menetap dirumah masing-masing memandangkan kerosakkan yang dialami cuma 30 hingga 40 peratus sahaja," katanya.

 Anggota APM menyampaikan sumbangan berbentuk makanan kepada mangsa.
Anggota APM menyampaikan sumbangan berbentuk makanan kepada mangsa.