Berita palsu, fitnah boleh jejas keselamatan negara

Ahmad (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang memenangi tempat pertama perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Ketereh pada Rabu.
Ahmad (dua dari kanan) menyampaikan hadiah kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang memenangi tempat pertama perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Ketereh pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Penularan berita palsu dan fitnah bukan sahaja mengelirukan pemikiran masyarakat malah boleh menjejaskan keselamatan negara serta perpaduan rakyat, demikian ucapan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Kelantan di Padang Majlis Daerah Ketereh di sini pada Rabu.

Beliau berkata, penularan berita palsu dan fitnah umpama ‘duri dalam daging’ yang meresahkan ramai pihak.

"Perkara ini (berita palsu dan fitnah) boleh memberikan impak negatif dengan tercetusnya perbalahan, perpecahan kaum dan menggugat kesejahteraan hidup bermasyarakat," katanya.

Ahmad turut mengingatkan seluruh rakyat negeri ini supaya terus berusaha mengekalkan nikmat kemerdekaan.

Katanya, semangat dan hubungan yang harmoni sesama kaum di negeri perlu terus dikekalkan.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dimeriahkan dengan perbarisan oleh 65 kontinjen yang terdiri daripada pasukan keselamatan, agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Majlis yang berlangsung seawal jam 8 pagi itu turut dihadiri oleh 2,000 penduduk dari seluruh pelosok negeri.

Artikel Berkaitan: