‘Geng Perpaduan’ komitmen perkukuh perpaduan rakyat

Fadillah (empat dari kiri) bersama (dari kiri) Ketua Pemuda GRS, Jonnybone Kurum; Timbalan Ketua Pemuda GPS, Lukanisman Awang Sauni; Ketua Angkatan Muda Harapan, Dr Kelvin Yi Lee Wuen; Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Wira Warisan, Mohd Ismail Ayob melancarkan Tekad Pemuda Perpaduan dan 'GP!' (Geng Perpaduan) pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto Bernama
Fadillah (empat dari kiri) bersama (dari kiri) Ketua Pemuda GRS, Jonnybone Kurum; Timbalan Ketua Pemuda GPS, Lukanisman Awang Sauni; Ketua Angkatan Muda Harapan, Dr Kelvin Yi Lee Wuen; Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Wira Warisan, Mohd Ismail Ayob melancarkan Tekad Pemuda Perpaduan dan 'GP!' (Geng Perpaduan) pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Inisiatif ‘Geng Perpaduan’ atau ‘GP’ bukti komitmen semua parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan ke arah memperkukuhkan perpaduan demi membina negara bangsa, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, inisiatif itu juga adalah usaha meneguhkan lagi perpaduan bukan sahaja dalam kalangan parti dalam kerajaan, tetapi untuk menarik minat golongan muda bersama Pemuda Perpaduan bagi menggerakkan agenda perpaduan di seluruh negara.

"Asas kekuatan sebuah negara adalah perpaduan daripada pelbagai lapisan masyarakatnya dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

"Jika kita bersatu, Insya-ALLAH semua perkara lain yang kita rencanakan untuk bangunkan negara bangsa yang lebih kukuh, harmoni dan makmur dapat dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Pemuda Perpaduan, di Dewan Tun Dr Ismail Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini pada Ahad.

Terdahulu, Fadillah menghadiri konvensyen itu dan melancarkan GP serta Tekad Pemuda Perpaduan pada majlis berkenaan sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023.

Sementara itu, Fadillah berkata konvensyen hari ini menjadi wadah kepada sayap pemuda dan belia setiap parti di bawah payung Kerajaan Perpaduan untuk mencari titik persamaan dalam kepelbagaian.

Katanya dengan mencari persamaan dan nilai kebersamaan pelbagai parti dalam Kerajaan Perpaduan, segala usaha untuk membantu rakyat dapat digarap dengan lebih baik. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berlangsung hari ini

ARTIKEL BERKAITAN: 'Tak sangka markas UMNO jadi tempat penyatuan semua parti'

ARTIKEL BERKAITAN: MCA gesa kerajaan tawar inisiatif potongan cukai

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bukan masa cari salah, tunding jari' - Mohd Hasbi

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kita pemimpin dari rakyat, bukan atas rakyat’ - Noraini

ARTIKEL BERKAITAN: Libatkan anak muda dalam proses buat keputusan

ARTIKEL BERKAITAN:'Contohi Australia, didik keperluan mengundi seawal 7 tahun'

ARTIKEL BERKAITAN:Wujudkan satu kerangka jelas tingkat ekonomi

ARTIKEL BERKAITAN: Akmal mohon maaf isu lantikan politik bawah Mohamad Sabu

ARTIKEL BERKAITAN:Lima tekad Pemuda Kerajaan Perpaduan