SM Sains Sultan Mahmud ungguli Ragbi NRDP Zon Timur B-17

Aksi pemain SM Sains Sultan Mahmud ketika berdepan Akademi Ragbi Terengganu di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail Terengganu.
Aksi pemain SM Sains Sultan Mahmud ketika berdepan Akademi Ragbi Terengganu di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail Terengganu.
A
A
A

SEKOLAH Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud menepati ramalan apabila mengungguli Kejohanan Ragbi Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) Peringkat Zon Timur Kategori Bawah 17 (B-17) tahun.

Pada perlawanan akhir di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail Terengganu, Kuala Terengganu itu, SM Sains Sultan Mahmud menewaskan Akademi Ragbi Terengganu.

Kategori B-15 tahun lelaki pula diungguli pasukan Ragbi NRDP Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Pahang A setelah menewaskan pasukan Ragbi NRDP Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Pahang B.

Pusat Latihan Daerah (PLD) Besut Terengganu pula menjuarai kategori B-17 tahun wanita setelah menjinakkan Pusat Latihan Daerah (PLD) Kuala Terengganu A.

Menurut Pengurus Besar NRDP, Khairul Anuar Azmi, kejohanan dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Ragbi Terengganu bermatlamat memberi pendedahan kejohanan dan meningkatkan masa permainan para pemain NRDP.

“Selepas hampir dua tahun tiada sebarang pertandingan kompetitif yang dianjurkan kejohanan ini secara tidak langsung memberi pengalaman baru kepada para pelatih NRDP merasai pengalaman bermain ragbi di stadium ragbi sebenar.

“Format kejohanan secara zon ini kali keempat dianjurkan NRDP tahun ini melibatkan pasukan Pusat Latihan Daerah dan Pusat Latihan Negeri (PLN) dari Kelantan, Pahang dan Terengganu.

“Edisi kali ini turut disertai pasukan luar program NRDP, Sekolah Menengah Sains Sultan Sulaiman (SESMA), Akademi Ragbi Terengganu (AKT) dan Sekolah Integrasi Batu Rakit (BRAIN),” katanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, 16 pasukan lelaki yang terbahagi kepada dua peringkat umur B-17 dan B-15 serta empat pasukan wanita mengambil bahagian kali ini.

Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Amri Mohamad merangkap Presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu yang juga Pengerusi Teknik NRDP hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang.