Mahkamah tolak saman fitnah RM1 juta Ahmad Dusuki terhadap Hazmi

Hazmi (tiga dari kiri) meraikan keputusan Mahkamah Sesyen Kota Bharu yang berpihak kepadanya pada Selasa.Foto FB Jeming Hassan
Hazmi (tiga dari kiri) meraikan keputusan Mahkamah Sesyen Kota Bharu yang berpihak kepadanya pada Selasa.Foto FB Jeming Hassan
A
A
A

KOTA BHARU - Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa menolak saman fitnah berjumlah RM1 juta yang dikemukakan oleh Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Ahmad Dusuki Abd Rani terhadap Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan berkait isu aset Tabung Haji (TH) yang didakwa dijual kepada orang bukan Islam.

Saman fitnah dikemukakan Ahmad Dusuki berhubung satu video yang dimuat naik Hazmi bagi menuntut permohonan maaf kerana Dusuki didakwa memfitnah aset TH dijual kepada orang bukan Islam ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah sebelum ini.

Hakim Zaman Mohd Noor mendapati bahawa video Hazmi tersebut bukan satu fitnah kerana terbukti aset TH tidak dijual kepada orang bukan Islam.

Mahkamah mendapati pembelaan undang-undang am yang dibangkitkan termasuk justifikasi, komen yang adil dan keistimewaan yang berkelayakan sebagai ahli politik dibuktikan oleh Hazmi.

Mahkamah memerintahkan Dusuki membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Hazmi.

Dusuki diwakili peguam Nurul Aliya manakala Hazmi diwakili pagam Faiz Fadzil.

Pada Ogos 2020, Ahmad Dusuki memfailkan saman terhadap Hazmi atau lebih dikenali sebagai Jeming Hassan kerana didakwanya memfitnah.

Ahmad Dusuki melalui peguamnya menuntut ganti rugi RM1 juta daripada Hazmi susulan satu kandungan video di laman YouTube pada 15 Julai 2020.

Artikel Berkaitan: