55 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS

Anggota bomba mengendong seorang mangsa banjir dalam membantu memindahkan mangsa ke tempat selamat. Foto: ihsan bomba
Anggota bomba mengendong seorang mangsa banjir dalam membantu memindahkan mangsa ke tempat selamat. Foto: ihsan bomba
A
A
A

BUKIT GANTANG - Seramai 55 mangsa banjir daripada 15 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di Trong dan Changkat Jering di sini setakat pagi Isnin.

Hujan lebat berterusan pada Ahad menyebabkan paras air meningkat hingga memasuki rumah penduduk.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Air Kuning dan Sungai Baru setakat ini.

"DOR Air Kuning dibuka pada jam 8 malam bagi menempatkan 11 keluarga dari Kampung Larut Ulu.

"Seramai 41 orang membabitkan 18 lelaki termasuk kanak-kanak dan bayi serta 23 wanita ditempatkan di dewan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Keadaan banjir kilat menyebabkan penduduk terlibat di tempatkan di dua PPS berhampiran. Foto: Ihsan bomba
Keadaan banjir kilat menyebabkan penduduk terlibat di tempatkan di dua PPS berhampiran. Foto: Ihsan bomba

Menurutnya, seramai 14 orang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Sungai Baru selepas PPS berkenaan dibuka pada jam 3 pagi.

"Kesemua lima lelaki dan sembilan wanita termasuk kanak-kanak dari Kampung Sungai Nyior ditempatkan di dewan berkenaan sehingga keadaan selamat.

Artikel Berkaitan:

"Laporan akan dikemaskini dari masa ke semasa dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan (Rela) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditugaskan di kedua-dua PPS berkenaan," katanya.

Pada masa sama, sebuah PPS di Dewan Serbaguna Taman Kaya yang pada awalnya menempatkan tiga mangsa dari Taman Pengkalan Maju telah ditutup.

"Keadaan ketika ini terkawal dan semua mangsa di PPS terbabit telah kembali ke rumah masing-masing," katanya.