Shafee boleh dikenakan tindakan

Tindakan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menggunakan pentas politik bagi mengkritik institusi mahkamah sebenarnya boleh membawa kepada kesalahan menghina mahkamah. (gambar dalam : Haniff Khatri)
Tindakan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menggunakan pentas politik bagi mengkritik institusi mahkamah sebenarnya boleh membawa kepada kesalahan menghina mahkamah. (gambar dalam : Haniff Khatri)
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mendakwa wujud ketidakadilan dalam kes penyelewengan dana RM42 juta melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak diberi penangguhan bagi kes rayuan akhir, dilihat berbaur menghina mahkamah dan boleh diambil tindakan.

Peguam veteran, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, dakwaan itu dibangkitkan Muhammad Shafee ketika memberi penjelasan berhubung kes Najib semasa Taklimat Khas Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Beliau berkata, umumnya tidak salah Muhammad Shafee yang juga bekas peguam Najib untuk hadir memberi penjelasan daripada perspektif anak guamnya itu dan UMNO bagi kes tersebut walaupun di pentas politik.

* Baca laporan penuh di Sinar Premium

Artikel Berkaitan: