Lagi dua direman kes seleweng dana pusat urut RM9 juta

Dua individu masing-masing bekas pengarah urusan dan bekas pengarah eksekutif sebuah syarikat pusat urut terkemuka direman empat hari sehingga 17 April ini.
Dua individu masing-masing bekas pengarah urusan dan bekas pengarah eksekutif sebuah syarikat pusat urut terkemuka direman empat hari sehingga 17 April ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Dua individu masing-masing bekas pengarah urusan dan bekas pengarah eksekutif sebuah syarikat pusat urut terkemuka direman empat hari di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana syarikat berhubung isu pembelian minyak urut bernilai anggaran RM9 juta.

Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-duanya yang berusia 50 dan 55 tahun itu direman sehingga 17 April ini, selepas hadir memberi keterangan, pada jam 9 malam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, Khamis.

Menurut sumber, penahanan kedua-dua individu tersebut adalah susulan daripada penahanan tiga wanita berkaitan kes sama.

Difahamkan, kes penyelewengan wang tersebut berlaku menerusi pembelian minyak urut dengan harga yang tinggi berbanding harga pasaran menerusi syarikat pembekal yang merupakan proksi mereka hingga menyebabkan syarikat mengalami kerugian anggaran RM1.8 juta.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.