Istana Kelantan nafi Ketua Hakim Negara, suami dilarang ke Istana

Tengku Maimun Tuan Mat
Tengku Maimun Tuan Mat
A
A
A

KOTA BHARU - Istana Kelantan menyangkal dakwaan sebuah portal bahawa Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan suami dilarang ke istana negeri itu.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berkata, tuduhan dipercayai disiarkan pada Rabu itu sama sekali tidak benar dan tidak berasas.

“Istana Kelantan tidak pernah mengeluarkan larangan seperti didakwa portal tersebut.

“Justeru, Istana Kelantan memandang serius tohmahan berbentuk fitnah seperti itu dan menyarankan agar pengamal media merujuk kepada istana terlebih dahulu berhubung kesahihan apa-apa berita sebelum disiarkan bagi mengelak daripada mengelirukan masyarakat,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan Pejabat Sultan Kelantan di sini, pada Jumaat.

Menurut Nik Mohd Shafriman, pihak istana akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berkenaan sekiranya fitnah tidak berasas itu berlarutan.

Artikel Berkaitan: