Palestin tiada pemimpin sesuai perjuang kepentingan rakyat

Abd Al-Fattah (kanan) bersama Tehmina dalam program Fireside Chat bertajuk 'The Palestinian Conflict: Shifting Perceptionist' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.
Abd Al-Fattah (kanan) bersama Tehmina dalam program Fireside Chat bertajuk 'The Palestinian Conflict: Shifting Perceptionist' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Palestin tidak mempunyai kepemimpinan yang benar-benar mampu memainkan peranan dalam memperjuangkan kepentingan penduduknya daripada kekejaman rejim Zionis Israel.

Felo Royal Historical Society dari United Kingdom (UK), Profesor Dr Abd Al-Fattah El-Awaisi berkata, agak menyedihkan apabila melihat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas masih cuba untuk memainkan peranannya walaupun menginjak usia 87 tahun.

“Sangat menyakitkan bagi saya sebagai rakyat Palestin untuk menyatakan bahawa kita tidak mempunyai pemimpin yang sesuai untuk memperjuangkan kepentingan Palestin.

"Rakyat Israel dan Amerika terpaksa melantik Mahmoud sebagai Perdana Menteri Palestin selepas kematian Yasser Arafat kerana akan timbul masalah siapa yang akan menjadi pengganti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Fireside Chat bertajuk The Palestinian Conflict: Shifting Perceptionist yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.

Program yang dihoskan oleh Tehmina Kaoosji itu merupakan kolaborasi bersama Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan), Majlis Profesor Negara (MPN) dan Astro Awani.

Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan kesedihannya ekoran kajian berdasarkan Perjanjian Oslo melihatkan lebih ramai penduduk Palestin yang dilantik sebagai ejen untuk menjaga keselamatan Israel.

“Meskipun sedih untuk mendedahkannya, realiti berdasarkan kajian produk Perjanjian Oslo pada dasarnya menunjukkan Israel memerlukan ejen untuk melindungi keselamatannya sendiri, bukan untuk rakyat Palestin,” kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Abd Al-Fattah menjelaskan, perpecahan rakyat Palestin kepada dua kumpulan iaitu Hamas dan Fatah sebenarnya menjadikan usaha untuk membebaskan bumi al-Aqsa semakin sukar.

Ujarnya, perpecahan tersebut membawa kepada dua jenis pendekatan yang berbeza meskipun dengan matlamat perjuangan yang sama iaitu mempertahankan bumi ambia' daripada dijajah Zionis Israel.

“Saya dapat melihat dua projek, pertama, kumpulan yang merasakan satu-satunya cara untuk membebaskan tanah ini adalah melalui taktik dan strategi ketenteraan, tanpa ada rundingan.

“Manakala kumpulan satu lagi adalah perlawanan tanpa kekerasan dengan mengadakan rundingan dengan Israel dan cuba mendapatkan sebahagian daripada hak Palestin.

“Malangnya kita mempunyai dua kumpulan dengan kaedah berbeza sedangkan pada akhirnya mereka bergerak ke arah satu tujuan yang sama,” jelas beliau.