Covid-19: 2,636 kes baharu, 11 kematian direkod

Sebanyak 2,636 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan lima daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan
Sebanyak 2,636 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan lima daripadanya merupakan kes import. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 2,636 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan lima daripadanya merupakan kes import.

Berdasarkan data di portal CovidNow, 11 kes kematian turut dilaporkan dengan lima kes di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 36,177 orang.

Dalam pada itu, portal tersebut turut melaporkan 34,970 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 33,500 pesakit dikuarantin di rumah dan 24 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, 1,379 kes kini dirawat di hospital dengan 67 daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Seramai 36 pesakit pula memerlukan alat bantuan pernafasan manakala jumlah kes sembuh adalah 3,206 kes.

Artikel Berkaitan: