Sorok 500,000 batang rokok seludup dalam kebun

Amran (tiga dari kiri) menunjukkan rokok seludup yang dirampas di tepi sungai Pasir Pekan Hilir, Tumpat pada Rabu semasa Op Bersepadu.
Amran (tiga dari kiri) menunjukkan rokok seludup yang dirampas di tepi sungai Pasir Pekan Hilir, Tumpat pada Rabu semasa Op Bersepadu.
A
A
A

TUMPAT - Cubaan sindiket menyembunyikan 500,000 batang rokok seludup di dalam kebun buah di tepi sungai Pasir Pekan Hilir gagal apabila kegiatan mereka berjaya dihidu anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat pada Rabu.

Rampasan pada jam 4.15 pagi itu dilakukan menerusi Op Bersepadu hasil maklumat risikan berkait dengan aktiviti penyeludupan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, sejurus menerima maklumat sepasukan anggota telah dikerah ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan di kawasan sekitar telah menjumpai kotak-kotak mengandungi rokok seludup yang dipercayai baharu sahaja tiba di kebun berkenaan," katanya semasa sidang akhbar di IPD Tumpat pada Rabu.

Beliau berkata, nilai rampasan rokok seludup itu dianggarkan berjumlah RM350,000 dan pihaknya tidak menolak kemungkinan rokok-rokok yang dibawa masuk itu untuk pasaran tempatan.

Dalam perkembangan lain, Amran berkata, melalui operasi terbabit pihaknya turut merampas 120 liter minyak petrol yang dipercayai mahu diseludup ke negara jiran sekitar jam 4.15 petang pada Selesa.

"Selain itu kita turut merampas 840 liter minyak diesel, satu unit alat penyukat dan mesin pam bersama wayar paip untuk tujuan penyeludupan.

"Menerusi Op Bersepadu bersama agensi penguat kuasa sempadan, IPD Tumpat berjaya menahan seorang lelaki di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: