Lelaki ditahan miliki dadah

Dadah yang dirampas dari suspek.
Dadah yang dirampas dari suspek.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang lelaki ditahan di tepi Lebuhraya Lingkaran Luar Butterwoth (BORR) selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada jam 6 petang semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pada fizikal lelaki tersebut, polis menjumpai 114 gram dadah jenis heroin yang disimpan dalam begnya.

"Hasil siasatan mendapati, dadah yang dirampas adalah untuk dijual kepada penagih di kawasan Butterwoth dan untuk kegunaan sendiri.

"Nilai keseluruhan barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM4,560 manakala ujian saringan air kencing suspek negatif," katanya ketika dihubungi tadi.

Tambahnya, suspek direman tujuh hari sehingga 10 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: