Kiosk Myonline Passport pertama di Selangor

Kiosk Myonline Passport pertama dilancarkan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor, di sini pada Isnin bagi memberikan perkhidmatan mendapatkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan lebih pantas.
Kiosk Myonline Passport pertama dilancarkan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor, di sini pada Isnin bagi memberikan perkhidmatan mendapatkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan lebih pantas.
A
A
A

SHAH ALAM - Kiosk Myonline Passport pertama dilancarkan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor, di sini pada Isnin bagi memberikan perkhidmatan mendapatkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dengan lebih pantas.

Jabatan Imigresen Selangor berkata, pihaknya mengorak langkah ke depan seiring dengan kemajuan dan perkembangan dunia digital yang menuntut kepada orientasi gajet yang semakin berkembang dari semasa ke semasa.

Menurutnya, dianggarkan permohonan PMA di seluruh Selangor sebanyak 2,900 setiap hari dan hampir mencecah 60,000 permohonan sebulan.

"Pengeluaran PMA yang tinggi telah menjadikan Imigresen Selangor antara pejabat pengeluar PMA yang tertinggi di Malaysia.

"Atas dasar ini, kita mengambil pendekatan proaktif dengan mewujudkan kiosk ini dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang hadir bagi mendapatkan naskhah PMA dengan lebih mudah dan cepat," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, kemudahan kiosk ini dapat membantu pelanggan yang hadir secara 'walk-in' terutamanya pada waktu puncak.

Katanya lagi, kategori yang layak diberi kemudahan kiosk ini adalah pemohon yang berumur 13 tahun ke atas yang bukan dari kategori permohonan PMA baru, warga emas, orang kurang upaya (OKU), PMA yang hilang atau rosak atau pelajar berusia 21 tahun ke bawah yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara.

"Imigresen Selangor sentiasa berusaha untuk memberi kemudahan dan menyantuni pelanggan yang hadir ke pejabat dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mesra pelanggan dari masa ke masa.

Artikel Berkaitan:

"Adalah diharapkan inovasi seperti ini dapat diperluaskan seluruh negara sebagai satu saluran penyampaian dan perkhidmatan yang berkesan pada masa hadapan tanpa mengabaikan aspek keselamatan dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia," ujarnya.