Kontroversi Salman Rushdie akhirnya makan diri

Penunjuk perasaan mengadakan bantahan terhadap penerbitan novel The Satanic Verses di Paris pada Februari 1989. Gambar kecil: Salman Rushdie
Penunjuk perasaan mengadakan bantahan terhadap penerbitan novel The Satanic Verses di Paris pada Februari 1989. Gambar kecil: Salman Rushdie
A
A
A

NEW YORK - Nama Salman Rushdie kembali mendapat perhatian komuniti antarabangsa terutamanya golongan penulis seangkatan dengannya setelah insiden beliau cedera parah ditikam beberapa kali ketika menghadiri sebuah acara di New York pada Jumaat lalu.

Kejadian menggemparkan itu seakan-akan menunjukkan ‘dendam’ selama 33 tahun akhirnya terbalas setelah beberapa cubaan bunuh ke atasnya gagal sebelum ini.

Novelis itu telah berkecimpung dalam dunia penulisan selama kira-kira lima dekad termasuk menghasilkan buku kontroversi yang menghina agama Islam.

Antara novel alegori yang pernah dihasilkan beliau yang kebanyakannya berkisarkan tentang isu sejarah dan falsafah.
Antara novel alegori yang pernah dihasilkan beliau yang kebanyakannya berkisarkan tentang isu sejarah dan falsafah.

Ancaman bunuh sudah menjadi ‘perkara biasa’ kepadanya, malah ugutan itu menyebabkan Salman, 75, memilih untuk hidup secara low profile dan terpaksa ‘bersembunyi’ dan turut diletakkan di bawah perlindungan polis London selama sembilan tahun.

* Baca laporan penuh kisah Salman Rushdie di Sinar Premium.