'Makuaseng bukan Makuasang'

Kemudahan lengkap di Kampung Parit Makuaseng.
Kemudahan lengkap di Kampung Parit Makuaseng.
A
A
A

PONTIAN - Mengambil nama La Makkuaseng yang merupakan peneroka Bugis, Kampung Parit Makuaseng yang terletak di Mukim Benut antara nama kampung unik yang terdapat di daerah ini.

Kampung yang majoriti penduduknya merupakan masyarakat Bugis ini masih mengekalkan budaya dan tradisi kampung.

Namun, masih ramai ramai tidak mengetahui asal-usul nama Kampung Parit Makuaseng yang mempunyai sejarah tersendiri.

Ada juga yang terkeliru menyebut nama kampung berkenaan sebagai Makuasang.

Sinar Harian berpeluang bertemu Ketua Kampung Kawasan 1 Parit Makuaseng, Asmadi Bachok@ Mohd Nawai bagi mengetahui asal-usul nama Kampung Parit Makuaseng.

Menurut Asmadi, La Makkuaseng bukan sahaja meneroka kawasan kampung menjadi tempat kediaman dan bercucuk tanam.

Sebaliknya, La Makkuaseng telah memulakan penggalian parit yang dikenali sebagai Parit Makkuaseng yang terletak di Mukim Benut.

Penggalian parit itu bertujuan memudahkan saliran air memandangkan Kampung Parit Makuaseng terletak berdekatan dengan laut.

Artikel Berkaitan:

“La Makkuaseng berasal dari Loa,Wajo. Beliau telah datang ke Johor pada 1912.

“Usahanya menggali parit diteruskan oleh kelompok peneroka Bugis yang datang tidak lama kemudian,” katanya.

Asmadi Bachok@ Mohd Nawai
Asmadi Bachok@ Mohd Nawai

Katanya lagi, La Makkuaseng dipercayai berpindah ke Kuala Tungkal, Riau dan meninggal dunia di sana.

Semangat berpasukan menjadi kelebihan buat 400 penduduk Kampung Parit Makuaseng bersatu hati dalam setiap kerja dan aktiviti yang dilakukan.

Penduduk masih mengamalkan gotong-royong atau rewang bagi majlis-majlis kenduri.

Ini terserlah apabila mereka bersama-sama menjayakan majlis perkahwinan seorang penduduk kampung yang memilih melangsungkan perkahwinan itu menerusi adat budaya Bugis.

Perkahwinan adat budaya Bugis semakin jarang dilakukan, namun bagi penduduk Rogayah Kasauk,78, pemilihan adat budaya Bugis bagi majlis perkahwinan anaknya Hasanul Aswan Dalik, 40, cukup bermakna dan mengembalikan nostalgia.

No Image Caption

Pelbagai kemudahan awam dibina di Kampung Parit Makuaseng sekali gus menjadikan kampung ini terus membangun.

Asmadi berkata, kampung mempunyai kemudahan surau, balai raya dan akses jalan raya yang lengkap.

“Selain itu terdapat juga sebuah sekolah rendah dinamakan Sekolah Kebangsaan Seri Bugis dan Sekolah Agama Seri Bugis di sini,” katanya.